Pada sesiapa yang nak baca, bacalah. Kenapa disambung semula? Kerana selain dari menyusun sepuluh jari, hanya di sini dapat ku luah apa yang terpendam
Allah itu sebaik-baik perancang dan perancanganNya sangat indah. Aku tidak menyesali apa yang terjadi kerana Allah tidak suka akan perbuatan itu. Sebaliknya aku redha. Allah sentiasa menguji kita kerana Dia amat rindukan kita. Dia mahu mendengar luahan hati kita. Dan kita pula sentiasa leka dan lalai. Sentiasa mengingkari perintahnya.
Harus ku katakan, begitu berat dugaan ku tempuh. Dan aku tidak tahu sampai bila harus ku jalani ujian yang aku anggap sebagai balasan Allah pada ku. Tetapi jika ini yang harus aku tempuhi untuk aku terus beristiqomah, aku terima. Kerana walau hati ku tidak mempunyai cinta sesama insan, tetapi ia tetap cinta Rabb yang Maha Menyayangi.
Sungguh besar rahmat Mu Ya Allah. Aku relakan melepaskan dirinya tapi hati dan fikiran ku masih mengingatinya kerana cinta ku padanya bukan nafsu semata.
Ya Allah, Engkau hapuskanlah sisa cinta ini agar aku tidak bersedih lagi. Hanya pada Mu Yang Maha Mengasihi aku berserah. Engkaulah cinta hati ku kini, tiada yang lain, diri ini hanya untuk Mu.
RoXy