Sunday, May 20, 2012

Selamat Belayar ~~

Selamat belayar, bukan dibahtera yang sedang engkau naiki sekarang,
Tetapi bahtera yang bakal engkau layari bersama si dia.

Selamat belayar, menjadi nakhoda kehidupan dirimu dan dia,
Menjadi imam disetiap solatnya, menjadi walid kepada amir & amirahnya.

Selamat belayar, kerana aku tiada lagi di sini,
Kerana pernah ku lambaikan tangan ini buatmu,
Di perhentian ini, di perlabuhan ini,
Kini lambaian tiada kelihatan lagi,
Kerana aku telah pergi tak kembali.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ini last post I kat blog ni. I takkan delete blog ni. Ia tetap di sini, cuma I takkan update apa-apa lagi.
Kenapa? Kerana saat cinta mu bertandang di hati, diri ini sudah ada yang memiliki. Dan saat ku katakan cinta pada mu, diri mu sudah ada yang menanti. Ku percaya apa yang menanti buat kita jauh lebih indah dari apa yang telah kita lalui bersama. Moga kita kekal bersahabat walau hanya dari jauh. Kerana aku tidak ingin ada yang terguris hati. Mungkin saat diri dimamah usia, kita masih diberi peluang bersama, untuk melafazkan kalimah dan mengukir senyuman di hujung nyawa.

Take Care, 'Oh My Galley, don't you ever change. Never fail to make me smile'

Assalammualaikum

Friday, May 18, 2012

Bertemu Jumaat Sekali Lagi

Alhamdulillah,

Allah berikan kesempatan lagi buat kita untuk bertemu dengan Jumaat sekali lagi.

Sayu je pagi ni, tak tahu kenapa.

Oh ya, lot kedai belakang rumah dah siap. Cantik gak design nya.

Kosong sebenarnya ~~~ huhu ~~~

Take Care

Thursday, May 17, 2012

Satu Arah Tuju ~~

Satu Arah, Satu Matlamat blog ni,

Untuk luahan perasaan.

Kerna kita tidak mengetahui sedetik lagi, sesaat lagi, sejam lagi dan selebihnya.

Maka, di setiap hari-hari ku ingin mencoret hanya sekeping nota dari hati ini.

Buat ingatan yang abadi...

Take care

Wednesday, May 16, 2012

Jasmine Tea ~~~

Assalammualaikum

Hari ni lepak di Secret Recipe Perling Mall dengan Has, AJ, Sulek & Ida.

Bagitau Has I ada hutang jasmine tea dengan you. Nak kene tunaikan tu.

Discussion dengan mereka tentang projek tu dan minta bagi idea untuk nama syarikat.

Kalau you ada nama yang menarik, boleh bagitau pada Has.

Sekarang kami cuma list kan apa yang terfikir, kemudian kami akan pilih bersama mana yang sesuai.

I akan emailkan pada you company structure bila siap nanti. Kalau ada apa-apa nak adjust, bagitau. Sebab nak semua yang terlibat setuju dan sepakat.

Take care

Monday, May 14, 2012

Hari Yang Indah

Ku susun sepuluh jari,
Mensyukuri kehadiran mentari,
Kerana diri masih diberi,
Peluang menjalani hari ini...

Ya Allah, Ya Rabbi...
Engkau temanilah hati,
Sentiasa melindungi kami,
Yang mendambakan kasih mu, Ya Illahi..

Wahai sahabat,
Semoga engkau sentiasa sihat,
Walau jauh di perantauan,
Kau sentiasa di ingatan...

Take Care

Find a Stone, Don't dig for Gold

See how someone can appreciate a simple stone rather than a precious gold.
Because your love is more precious than anything, 'Kerana Dirimu Begitu Berharga'.

Thank you for your email. Never fail to make me smile :)

Dah lama tak post blog. Ceritanya sebab CM cuti, ada di JB 5 hari. Dah balik Langkawi semalam.

Takdir Allah itu begitu indah sekali. I ingatkan hanya diri you dan I yang tahu adanya blog ni, rupanya tak disangka CM pun tau.

I ada rasa nak stop, tapi bila difikirkan semula selagi I tau batas I, tiada salahnya I teruskan.

Kemuliaan seorang wanita terletak pada suaminya. Itulah tiket untuk dia masuk ke syurga.
Dan I sedang belajar dan terus belajar kerana dari pengalaman ada pengajaran erti kehidupan.

Sama-samalah kita melakar jalan indah ke syurga, 'Road To Jannah'.

Take Care

Tuesday, May 8, 2012

Apa Khabar Anda?

Assalammualaikum

Selalu I dapat idea apa nak tulis, tapi bila dah online hilang semua idea tu.

Apa khabar anda? Setakat ni, alhamdulillah I masih mampu harungi kehidupan seharian I.

Cuma I tak dapat nak bayangkan bila you ada di sini nanti. I tak tahu bagaimana nanti perasaan I, fikiran I bila you ada di depan I.

Hope its going to be ok, insyaAllah.

Take care

Terjaga Dari Mimpi

Assalammualaikum

Malam tadi terjaga dalam jam 3 pagi. Terjaga dari mimpi. Ada you dalam mimpi tu, tapi tak dapat nak ingat apa mimpinya.

Lepas tu tak boleh tidur sampai lah jam 5.30 pagi baru boleh lelap.

Nak buat tahajjud tak boleh sebab dalam hadas. Biasanya bila I terjaga I akan msg you. Tapi kali ni, I hanya berdoa dalam hati pada Allah, kerana Dia yang sentiasa ada dan akan setia bersama :)

Take care

Monday, May 7, 2012

Business, business, business

Assalammualaikum

I harap you serius nak buat business dengan kami semua. Sebab I dah nak siapkan kertas kerja dan portfolio. Dan benda ni untuk jangka masa panjang.

You sendiri dah tengok macam mana hasil kerja I dengan resume you. So, kertas kerja ni I akan buat dengan kemas dan teliti supaya semuanya jelas.

InsyaAllah, I boleh relax bila berdepan dengan you nanti. Tak pasti, tapi I akan buat sampai boleh.

Take care

Ware~ware~wa

Assalammualaikum

Hahahah...tergelak gelak, tersenyum senyum bila dengar Has sebut ayat tu sebab keluarnya dari mulut you.

Hey, thanks sebab reply balik my wish buat sahabat malam tadi. Really appreciate it.

Take care

Sunday, May 6, 2012

Mengukir Senyuman Dalam Tangisan

Ya Allah,
Alhamdulillah kerana ku masih mampu mengukir senyuman di dalam tangisan ini,
Kerna tangisan ku hanya di hati.

I masih mencari hikmah mengenali you. Dan masih tercari cari tujuan I di sini.
Moga ditunjukkan jalan yang benar, insyaAllah...

Take care

Kamu & Si Dia

Buat Kamu & Si Dia,
Tersenyum bagai purnama yang indah,
Dihiasi cahaya suci, Kasih Illahi.

Buat Kamu & Si Dia,
Moga impian kan terlaksana,
Dengan penuh redha & taqwa,
Menuju bahagia hingga ke Jannah.

Buat Kamu & Si Dia,
Doa ku sentiasa kepada Nya,
Ikhlas hati mengundur diri,
Membiarkan hati terkunci,
Menjadi teman sejati kekal abadi.

Take care

Living A Lie

Living a lie,
It is not easy,
To face everyday knowing that I'm not with you,
To face everyday faking that I don't love you,

And to live in the truth will never be,
Because you are not here with me,
Because you decided where you want to be...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

I tak tau samada you akan terus membaca atau tidak.

Semua orang boleh berjanji, tapi bukan semua orang boleh menepati janji.

Take care

Senyum~tak perlu kata apa~

Assalammualaikum

You dan dia tak pernah dilupa dalam setiap doa I
Semoga mengecapi bahagia hingga ke syurga
Dan sentiasa dilindungi, dikasihi oleh Nya, insyaAllah...

Take care

Friday, May 4, 2012

Broadband tersangat slow

Assalammualaikum,

Thanks dude sebab jawab call.

Memang broadband sangat2 slow sebab Has banyak sangat tengok video online. [macam someone tu]

Pasal Old Town White Coffee tu Has bagitau, dia tanya I you kat mana. I cakap memang dah tak contact you, so tak tau.

Nanti turun Pasir Gudang roger Has. At least nampak benda ni berjalan untuk masa depan semua, include you, Has, AJ dan Sulek.

Take care