Selamat belayar, bukan dibahtera yang sedang engkau naiki sekarang,
Tetapi bahtera yang bakal engkau layari bersama si dia.
Selamat belayar, menjadi nakhoda kehidupan dirimu dan dia,
Menjadi imam disetiap solatnya, menjadi walid kepada amir & amirahnya.
Selamat belayar, kerana aku tiada lagi di sini,
Kerana pernah ku lambaikan tangan ini buatmu,
Di perhentian ini, di perlabuhan ini,
Kini lambaian tiada kelihatan lagi,
Kerana aku telah pergi tak kembali.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ini last post I kat blog ni. I takkan delete blog ni. Ia tetap di sini, cuma I takkan update apa-apa lagi.
Kenapa? Kerana saat cinta mu bertandang di hati, diri ini sudah ada yang memiliki. Dan saat ku katakan cinta pada mu, diri mu sudah ada yang menanti. Ku percaya apa yang menanti buat kita jauh lebih indah dari apa yang telah kita lalui bersama. Moga kita kekal bersahabat walau hanya dari jauh. Kerana aku tidak ingin ada yang terguris hati. Mungkin saat diri dimamah usia, kita masih diberi peluang bersama, untuk melafazkan kalimah dan mengukir senyuman di hujung nyawa.
Take Care, 'Oh My Galley, don't you ever change. Never fail to make me smile'
Assalammualaikum